Sunday, June 12, 2016

Asas Apache (Part 2) - Binding to Addresses and Ports

Binding to Addresses and Ports


Ok entry kali ni citer pasal address dan ports. Dalam server korang tu mestilah adalah IP address kan? Even kalau server tu tak connect ke network pun still ada IP address local iaitu 127.0.0.1.  Sebelum aku citer lebih lanjut pasal address dan port, korang tau tak apache start guna program apa?

Untuk Windows, apache start as service. Kalau Linux, apache start as daemon nama dia httpd. Tu cuma istilah je tapi bendanya lebih kurang sama. Ingat Windows, ingat service. Ingat Linux, ingat daemon. Sebab aku suka guna linux, so aku refer daemon je pasni.

So bila korang start httpd daemon tu, by default dia akan listen semua IP address yang ada pada server tu. Listen tu maksudnya dia akan ambik semua request yang datang daripada mana-mana IP address yang dia tengah listen. Korang boleh jugak set dia listen hanya pada port tertentu atau IP address tertentu aje atau nak combine dua-dua sekali pun boleh. Contoh korang nak set IP address 192.168.0.1 untuk port 8080.

Contoh nak set listen dalam configuration file.

1) Kalau nak kasi server ambik request pada port 80 dan 8080 untuk semua IP address.

Listen 80
Listen 8080

2) Kalau nak kasi server ambik request pada port 80 untuk satu interface (interface ni network card yang ada IP address), dan port 8080 untuk interface yang lain.

Listen 192.168.0.1:80
Listen 192.168.0.2:8080

ok aku dah malas nak tulis, berenti sini dulu.

1 comment:

  1. Bro...mcmana nak removekan port 8080 tu dalam url contohnya 192.168.0.2:8080 ...mohon bantuan bro..

    ReplyDelete